19 November 2008

LATAR BELAKANG BANDAR DAMANSARA.


Damansara merupakan satu dari mukim daerah Petaling dalam negeri Selangor, Malaysia. Tempat ini dinamakan sempena Sungai Damansara yang mengalir berhampirannya. Damansara adalah satu dari kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi dan mempunyai seramai 453,420 penduduk ( Laporan Statistik Jabatan Perangkaan Malaysia, 2006). Di mana penduduk Melayu sebanyak 262,077, penduduk Cina sebanyak 150,989 dan penduduk India sebanyak 40,354. Damansara adalah hub komersil yang kedua selepas Kuala Lumpur.

Di sini juga terdapat beberapa kawasan kediaman mewah. Damasara terletak dalam kawasan Parlimen P107 Subang yang diwakili oleh YB Sivarasa K. Rasiah (PKR). Terdapat tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan Damansara iaitu, N36 Damansara Utama yang di wakili oleh YB Cheah Wing Yin (DAP), N73 Bukit Lanjan yang di wakili oleh YB Wong Keat Ping (PKR) dan N39 Kota Damansara yang di wakili oleh YB Mohd Nasir Hashim (PKR).


Kawasan kajian kami adalah merujuk kepada 2 bandar utama di sekitar Damansara iaitu.
i. Bandar Damansara Utama.
ii. Bandar Kota Damansara.

No comments: