19 November 2008

BAHAGIAN B-TAHAP KEEFEISIENAN BANDAR.

EKONOMI BANDAR.



Hasil kajian kami menunjukkan bahawa ekonomi bandar Damansara berada di tahap efeisien iaitu banyak peluang-peluang ekonomi seperti di sektor perkilangan, perhotelan, perkhidmatan awam dan swasta, hiburan, perlancongan dan reakrasi, perbankan, kewangan, pembangunan hartanah dan pendidikan yang sememangnya meningkatkan taraf ekonomi perbandaran penduduk sekitar Damansara.


KEMUDAHAN MASYARAKAT, UTILITI DAN SOSIAL.







Kemudahan masyarakat serta utiliti di bandar Damansara ini pula menunjukkan tahap yang efeisien dimana banyak kemudahan-kemudahan awam seperti sekolah rendah, menengah, tadika dan tabika di bina. Selain itu, kemudahan seperti klinik dan hospital kerajaan juga turut di bina bagi tujuan memudahkan penduduk di sekitar bandar Damansara untuk mendapatkan rawatan kesihatan. Kemudahan-kemudahan lain juga turut di bina seperti dewan, rumah ibadat, medan selera dan juga pasar bagi tujuan kemudahan penduduk di sekitar bandar Damansara ini.

PEMBUANGAN SAMPAH HARAM DI KAWASAN ARA DAMANSARA DI BONGKAR.



17 Ogos 2008 - satu sindiket pembuangan sampah haram telah di bongkar oleh pihak Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBSA) hasil daripada pantauan yang di lakukan oleh Dr. Nasir Hashim bersama ‘team’ nya, iaitu Mohan, Selvam (Ahli Parlimen Petaling Jaya) dan Sivarajan (Ahli Majlis Shah Alam) telah membuat pantauan terhadap lori-lori yang membuang sampah di suatu kawasan di Ara Damansara, iaitu bekas tapak Kg. Tropicana. Di percayai pembuangan sampah ini telah berlaku selama beberapa minggu dan kini terdapat juga didirikan satu pondok di pintu masuk tapak ini bagi membolehkan wakil dari sindiket ini mengutip wang daripada pemandu lori yang membawa sampah ke tempat ini. Semasa tinjaun di lakukan terhadap tapak ini didapati pihak yang mengendalikan tempat ini cuba untuk menimbus sampah dengan tanah dan meratakan kawasan ini. Pembuangan sampah haram di kawasan ini harus di elakkan sama sekali kerana kawasan ini berada pada tebing Sg. Damansara yang akan menyebabkan pencemaran alam sekitar.



Sistem pelupusan sisa pepejal dan kutipan sampah serta sistem pembentungan dan kumbahan juga rata-rata masih berada di tahap yang kurang memuaskan hasil daripada kajian kami terhadap responden yang ditemubual.

No comments: