19 November 2008

PENGANGKUTAN DAN PERHUBUNGAN.






Aspek pengangkutan pula turut memberikan pandangan yang kurang efeisien hasil daripada kajian kami di bandar Damansara ini. Kebanyakan responden mengatakan bahawa tahap sistem pengangkutan yang sedia ada sekarang sangat teruk sekali kerana sering kali mengalami kesesakan penumpang dan masalah lain yang berkaitan kelewatan train dan bas. Seharusnya pihak kerajaan mengambil langkah untuk mengubah sistem pengangkutan dan jaringan jalan raya di bandar sebagai kemudahan bagi penduduk bandar untuk pergi ke sesuatu tempat dengan cepat dan mudah.



KESELAMATAN KOTA DAMANSARA PERLU DI TINGKATKAN.




10 April 2008 – Satu delegasi yang di ketuai oleh Dr. Nasir Hashim , Adun Sosialis, Kota Damanara telah berjumpa dengan ketua Polis Petaling Jaya, ACP Arjunaidi, Dr. Nasir telah mengutarakan kebimbingannya terhadap kenaikan kejadian jenayah di Kota Damansara. ACP Arjunaidi telah memberikan penerangan bahawa, sememanganya suatau kawasan yang berkembang pesat akan memperlihatkan kenaikan dalam kes jenayah . Dr. Nasir juga mengatakan bahawa bilangan balai polis, pondok atau bit polis di Kota Damansara amatlah kurang. Bersetuju dengan komen Dr. Nasir, ACP Arjunaidi menerangkan bahawa di Kota Damansara tidak mempunyai tanah lapang untuk pembinaan balai polis malahan itu, pihak polis terpaksa mendapat sumbangan pemaju lot kedai untuk membentuk balai polis.sehubungan itu, Dr. Nasir akan menyuarakan isu ketiadaan tapak tanah ini ke Dewan Undangan dan Exco untuk diselesaikan. Sementara itu, IPD Petaling Jaya akan membina balai polis baru di Dataran Sunway. ACP Arjunaidi juga memberitahu bahawa balai polis Sg. Buloh akan dipindahkan ketempat yang lebih sesuai dan mudah digunakan oleh orang ramai.Dr. Nasir juga mencadangkan, pihak polis mengunakan balai polis bergerak, demi menampung kekurangan balai polis. Sekurang-kurangnya,balai polis bergerak ini boleh ditempatkan dilokasi - lokasi yang mempunyai kejadian jenayah tinggi. Akhir sekali ACP Arjunaidi memberikan keyakinan kepada Dr. Nasir bahawa, pihak polis ingin berkerjasama dengan rakyat demi memerangi kes jenayah. Selain daripada melaporkan kes jenayah, rakyat Kota Damansara perlu proaktif memberi cadangan dan menuntut kehadiran pihak polis, peronda ataupun memohon van balai polis bergerak ketempat mereka.




Aspek keselamatan dan kawalan bandar Damansara pula keseluruhannya berada pada tahap efeisien dengan dari segi rondaan polis, pemantaunan dan pencegahan jenayah, penggunaan alat kawalan keselamatan seperti CCTV, penubuhan balai polis dan pos polis bagi menjaga keselamatan penduduk agar terjamin selamat.


GOVERNANS.




Dari segi aspek Governans pula, hasil kajian kami menunjukkan bahawa kebanyakan responden mengatakan perkhidmatan pihak berkuasa tempatan berada di tahap kurang efeisien terutamanya dari segi peranan pentadbiran, layanan dan juga tindakan susulan ekoran masalah yang timbul akibat proses pembandaran di kawasan bandar Damansara ini. Namun begitu, aspek pengurusan lain pula berada pada tahap yang efeisien seperti perancangan pembangunan projek bandar, kemudahan bayaran cukai tafsiran, kompoun dan saman serta kerjasama antara badan-badan dan agensi-agensi kerajaan yang lain.


ALAM SEKITAR.



Tahap keefeisienan alam sekitar pula berada di tahap yang kurang efeisien kerana rata-rata responden mengatakan bahawa pengurusan alam sekitar terutamanya oleh pihak berkuasa tempatan masih berada di tahap yang sederhana dari segi tahap pengurusan mereka berkaitan dengan pengurusan sampah sarap dan sisa kediaman, industri serta kilang, program kitar semula dan tindakan pihak berkuasa tempatan dalam mengatasi masalah bandar masih lagi berada di tahap kurang efeisien.


PERKHIDMATAN SECARA ONLINE/E-GOVERNAS.




Perkhidmatan secara on line oleh pihak kerajaan merupakan satu perkhidmatan yang membolehkan pengguna melayari akses internet untuk membuat semakan cukai, bil, membuat permohonan lesen perniagaan serta membuat aduan dan maklum balas terhadap kepada pihak berkuasa tempatan. Secara keseluruhan sistem on line dan e-governan ini memberikan banyak manfaat dan kelebihan kepada pengguna kerana mereka tidak perlu lagi untuk beratur di kaunter-kaunter perkhidmatan tertentu untuk membayar, memohon atau membuat aduan. Hasil kajian menunjukkan kebanyakan responden di bandar Damansara ini mengatakan bahawa tahap perkhidmatan on line dan e-governan ini berada di tahap yang efeisien sekali.

No comments: