19 November 2008

LATAR BELAKANG BANDAR DAMANSARA.


Damansara merupakan satu dari mukim daerah Petaling dalam negeri Selangor, Malaysia. Tempat ini dinamakan sempena Sungai Damansara yang mengalir berhampirannya. Damansara adalah satu dari kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi dan mempunyai seramai 453,420 penduduk ( Laporan Statistik Jabatan Perangkaan Malaysia, 2006). Di mana penduduk Melayu sebanyak 262,077, penduduk Cina sebanyak 150,989 dan penduduk India sebanyak 40,354. Damansara adalah hub komersil yang kedua selepas Kuala Lumpur.

Di sini juga terdapat beberapa kawasan kediaman mewah. Damasara terletak dalam kawasan Parlimen P107 Subang yang diwakili oleh YB Sivarasa K. Rasiah (PKR). Terdapat tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan Damansara iaitu, N36 Damansara Utama yang di wakili oleh YB Cheah Wing Yin (DAP), N73 Bukit Lanjan yang di wakili oleh YB Wong Keat Ping (PKR) dan N39 Kota Damansara yang di wakili oleh YB Mohd Nasir Hashim (PKR).


Kawasan kajian kami adalah merujuk kepada 2 bandar utama di sekitar Damansara iaitu.
i. Bandar Damansara Utama.
ii. Bandar Kota Damansara.

BAHAGIAN A-LATAR BELAKANG RESPONDEN.





Bagi jantina pula, sebanyak 22 orang jantina lelaki dan 23 orang jantina perempuan yang menjadi responden untuk kajian kami terhadap tahap keefeisienan bandar Daamansara ini.






Penduduk bandar Damansara terdiri daripada 57.8% penduduk berbangsa Melayu, 33.3% penduduk berbangsa Cina dan 8.9% penduduk berbangsa India.






Taraf pendidikan kebanyakan responden di bandar Damansara, rata-rata mereka mempunyai taraf pendidikan di peringkat menengah iaitu SPM/MCE sebanyak 17 orang responden, 12 orand bagi peringkat ijazah perrtama, 10 orang bagi peringkat diploma, 3 orang bagi peringkat STPM/HSC, 2 orang bagi peringkat PMR/SRP/LCW dan 1 ornag lagi tidak bersekolah.






Hasil kajian menunjukkan bahawa kebanyakan penduduk bandar Damansara mempunyai pendapatan bulanan di antara RM 5000,00 hingga RM 1500,00.

BAHAGIAN B-TAHAP KEEFEISIENAN BANDAR.

EKONOMI BANDAR.



Hasil kajian kami menunjukkan bahawa ekonomi bandar Damansara berada di tahap efeisien iaitu banyak peluang-peluang ekonomi seperti di sektor perkilangan, perhotelan, perkhidmatan awam dan swasta, hiburan, perlancongan dan reakrasi, perbankan, kewangan, pembangunan hartanah dan pendidikan yang sememangnya meningkatkan taraf ekonomi perbandaran penduduk sekitar Damansara.


KEMUDAHAN MASYARAKAT, UTILITI DAN SOSIAL.







Kemudahan masyarakat serta utiliti di bandar Damansara ini pula menunjukkan tahap yang efeisien dimana banyak kemudahan-kemudahan awam seperti sekolah rendah, menengah, tadika dan tabika di bina. Selain itu, kemudahan seperti klinik dan hospital kerajaan juga turut di bina bagi tujuan memudahkan penduduk di sekitar bandar Damansara untuk mendapatkan rawatan kesihatan. Kemudahan-kemudahan lain juga turut di bina seperti dewan, rumah ibadat, medan selera dan juga pasar bagi tujuan kemudahan penduduk di sekitar bandar Damansara ini.

PEMBUANGAN SAMPAH HARAM DI KAWASAN ARA DAMANSARA DI BONGKAR.



17 Ogos 2008 - satu sindiket pembuangan sampah haram telah di bongkar oleh pihak Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBSA) hasil daripada pantauan yang di lakukan oleh Dr. Nasir Hashim bersama ‘team’ nya, iaitu Mohan, Selvam (Ahli Parlimen Petaling Jaya) dan Sivarajan (Ahli Majlis Shah Alam) telah membuat pantauan terhadap lori-lori yang membuang sampah di suatu kawasan di Ara Damansara, iaitu bekas tapak Kg. Tropicana. Di percayai pembuangan sampah ini telah berlaku selama beberapa minggu dan kini terdapat juga didirikan satu pondok di pintu masuk tapak ini bagi membolehkan wakil dari sindiket ini mengutip wang daripada pemandu lori yang membawa sampah ke tempat ini. Semasa tinjaun di lakukan terhadap tapak ini didapati pihak yang mengendalikan tempat ini cuba untuk menimbus sampah dengan tanah dan meratakan kawasan ini. Pembuangan sampah haram di kawasan ini harus di elakkan sama sekali kerana kawasan ini berada pada tebing Sg. Damansara yang akan menyebabkan pencemaran alam sekitar.



Sistem pelupusan sisa pepejal dan kutipan sampah serta sistem pembentungan dan kumbahan juga rata-rata masih berada di tahap yang kurang memuaskan hasil daripada kajian kami terhadap responden yang ditemubual.
PENGANGKUTAN DAN PERHUBUNGAN.






Aspek pengangkutan pula turut memberikan pandangan yang kurang efeisien hasil daripada kajian kami di bandar Damansara ini. Kebanyakan responden mengatakan bahawa tahap sistem pengangkutan yang sedia ada sekarang sangat teruk sekali kerana sering kali mengalami kesesakan penumpang dan masalah lain yang berkaitan kelewatan train dan bas. Seharusnya pihak kerajaan mengambil langkah untuk mengubah sistem pengangkutan dan jaringan jalan raya di bandar sebagai kemudahan bagi penduduk bandar untuk pergi ke sesuatu tempat dengan cepat dan mudah.



KESELAMATAN KOTA DAMANSARA PERLU DI TINGKATKAN.




10 April 2008 – Satu delegasi yang di ketuai oleh Dr. Nasir Hashim , Adun Sosialis, Kota Damanara telah berjumpa dengan ketua Polis Petaling Jaya, ACP Arjunaidi, Dr. Nasir telah mengutarakan kebimbingannya terhadap kenaikan kejadian jenayah di Kota Damansara. ACP Arjunaidi telah memberikan penerangan bahawa, sememanganya suatau kawasan yang berkembang pesat akan memperlihatkan kenaikan dalam kes jenayah . Dr. Nasir juga mengatakan bahawa bilangan balai polis, pondok atau bit polis di Kota Damansara amatlah kurang. Bersetuju dengan komen Dr. Nasir, ACP Arjunaidi menerangkan bahawa di Kota Damansara tidak mempunyai tanah lapang untuk pembinaan balai polis malahan itu, pihak polis terpaksa mendapat sumbangan pemaju lot kedai untuk membentuk balai polis.sehubungan itu, Dr. Nasir akan menyuarakan isu ketiadaan tapak tanah ini ke Dewan Undangan dan Exco untuk diselesaikan. Sementara itu, IPD Petaling Jaya akan membina balai polis baru di Dataran Sunway. ACP Arjunaidi juga memberitahu bahawa balai polis Sg. Buloh akan dipindahkan ketempat yang lebih sesuai dan mudah digunakan oleh orang ramai.Dr. Nasir juga mencadangkan, pihak polis mengunakan balai polis bergerak, demi menampung kekurangan balai polis. Sekurang-kurangnya,balai polis bergerak ini boleh ditempatkan dilokasi - lokasi yang mempunyai kejadian jenayah tinggi. Akhir sekali ACP Arjunaidi memberikan keyakinan kepada Dr. Nasir bahawa, pihak polis ingin berkerjasama dengan rakyat demi memerangi kes jenayah. Selain daripada melaporkan kes jenayah, rakyat Kota Damansara perlu proaktif memberi cadangan dan menuntut kehadiran pihak polis, peronda ataupun memohon van balai polis bergerak ketempat mereka.




Aspek keselamatan dan kawalan bandar Damansara pula keseluruhannya berada pada tahap efeisien dengan dari segi rondaan polis, pemantaunan dan pencegahan jenayah, penggunaan alat kawalan keselamatan seperti CCTV, penubuhan balai polis dan pos polis bagi menjaga keselamatan penduduk agar terjamin selamat.


GOVERNANS.




Dari segi aspek Governans pula, hasil kajian kami menunjukkan bahawa kebanyakan responden mengatakan perkhidmatan pihak berkuasa tempatan berada di tahap kurang efeisien terutamanya dari segi peranan pentadbiran, layanan dan juga tindakan susulan ekoran masalah yang timbul akibat proses pembandaran di kawasan bandar Damansara ini. Namun begitu, aspek pengurusan lain pula berada pada tahap yang efeisien seperti perancangan pembangunan projek bandar, kemudahan bayaran cukai tafsiran, kompoun dan saman serta kerjasama antara badan-badan dan agensi-agensi kerajaan yang lain.


ALAM SEKITAR.



Tahap keefeisienan alam sekitar pula berada di tahap yang kurang efeisien kerana rata-rata responden mengatakan bahawa pengurusan alam sekitar terutamanya oleh pihak berkuasa tempatan masih berada di tahap yang sederhana dari segi tahap pengurusan mereka berkaitan dengan pengurusan sampah sarap dan sisa kediaman, industri serta kilang, program kitar semula dan tindakan pihak berkuasa tempatan dalam mengatasi masalah bandar masih lagi berada di tahap kurang efeisien.


PERKHIDMATAN SECARA ONLINE/E-GOVERNAS.




Perkhidmatan secara on line oleh pihak kerajaan merupakan satu perkhidmatan yang membolehkan pengguna melayari akses internet untuk membuat semakan cukai, bil, membuat permohonan lesen perniagaan serta membuat aduan dan maklum balas terhadap kepada pihak berkuasa tempatan. Secara keseluruhan sistem on line dan e-governan ini memberikan banyak manfaat dan kelebihan kepada pengguna kerana mereka tidak perlu lagi untuk beratur di kaunter-kaunter perkhidmatan tertentu untuk membayar, memohon atau membuat aduan. Hasil kajian menunjukkan kebanyakan responden di bandar Damansara ini mengatakan bahawa tahap perkhidmatan on line dan e-governan ini berada di tahap yang efeisien sekali.

BAHAGIAN C-RANKING TAHAP KEEFIESIENAN BANDAR MENGIKUT KAWASAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN.



Hasil daripada dapatan kajian yang kami lakukan, di dapati bahawa ranking bandar adalah seperti berikut:-


1. KUALA LUMPUR

2. PUTRAJAYA & CYBERJAYA
3. PETALING JAYA
4. SHAH ALAM
5. SUBANG JAYA
7. KLANG
8. SEPANG
9. KAJANG
10. AMPANG JAYA
11. BANTING
12. KUALA SELANGOR
13. KUALA KUBU BARU

Dapatan kajian kami mendapati bahawa bandar Damansara merupakan sebahagian daripada bandar raya Kuala Lumpur. Oleh itu, tahap keefesienan bandar Damansara berada pada tahap pertama kajian kami ini.

BAHAGIAN D-PENGALAMAN BERDEPAN DENGAN KETIDAKEFIESEINAN BANDAR SEPANJANG TEMPOH 5 TAHUN.


Rata-rata responden mengatakan bahawa kebanyakan masalah yang mereka hadapi terhadap ketidak efiesienan bandar adalah masalah yang berkaitan dengan kesesakan seperti trafic jam, masalah jalan belubang, kesukaran kelulusan rumah, sistem jadual bas yang tidak menepati jadual dan juga masalah berkaitan dengan pengurusan pihak berkuasa yang mempunyai banyak birokrasi.

BAHAGIAN E-PANDANGAN UMUM PENDUDUK TENTANG TAHAP KEEFIESIENAN BANDAR.





Rata-rata responden yang ditemubual mengatakan bahawa aspek keefiesienan bandar yang paling penting adalah merupakan sistem pengangkutan yang sempurna dan baik serta kemudahan insrasturukur serta kemudahan awam yang mengcukupi dan selesa untuk kegunaan penduduk bandar. Sistem pengangkutan yang baik dan cekap ini dapat mempercepatkan darjah ketersampaian penduduk yang tinggi dan mempercepatkan mobiliti sosial penduduk.

Manakala bagi aspek bandar yang tidak efiesien pula merupakan kesesakan bandar seperti kesesakan lalu lintas dan keadaan bandar yang kotor dan tidak di selenggara dengan baik oleh pihak berkuasa tempatan.